Nama pulau ini diambil daripada nama
pokok pinang (
areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.
Geografi
Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. Pulau Pinang mempunyai bilangan penduduk seramai 1.6 juta orang (berdasarkan anggaran rambang).
George Town (Tamil: ஜாà®°்ஜ் டவுன்) adalah
ibu negeri Pulau Pinang,
Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten
Francis Light, Georgetown adalah salah satu daripada bandaraya yang terdapat di
Malaysia. Bandar-bandar
satelit Georgetown adalah seperti
Air Itam,
Gelugor,
Jelutong,
Sungai Dua,
Sungai Nibong,
Tanjung Tokong dan
Tanjung Bungah .
Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di
Pulau Pinang ;
Butterworth ,
Kepala Batas ,
Bukit Mertajam , dan
Batu Kawan di
Seberang Perai ;
Sungai Petani dan
Kulim di
Kedah, serta bandar-bandar di utara
negeri Perak. Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di
Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan
Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di
Malaysia selepas
Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah
Majlis Perbandaran Pulau Pinang.Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown. Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.
Daerah di Pulau Pinang
- Barat Daya Pulau Pinang
- Seberang Perai Selatan
- Seberang Perai Tengah
- Seberang Perai Utara
- Timur Laut Pulau Pinang
[sunting]Bandar utama lain
Suhu (siang) | 27°C-30°C |
Suhu (malam) | 22°C-24°C |
Curahan hujan | 2670 mm |
Kelembapan | 70%-90% |
Penduduk
-
Negeri Pulau Pinang mempunyai
kepadatan penduduk yang sederhana di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di
Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut
bangsa pada
2006 ialah:
- Cina: 635,500 (42.5%)
- Melayu: 612,300 (41.0%)
- India: 148,000 (9%)
- Lain-Lain:
- Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
- Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)
Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai komuniti
Yahudi dan
Armenia, tetapi selepas
Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara
Israel, komuniti
Yahudi dan
Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga
Arab,
Jerman, Inggeris, dan
Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari
United Kingdom,
Australia, negara-negara
Eropah, dan
Jepun.
Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan
Kedah, di
pajak kepada
Syarikat Hindia-Timur British (
British East India Company) pada
1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan
Siamdan
Burma. Pada
11 Ogos 1786, Kapten
Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai
Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda
Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.
Kapten Francis Light: Pengasas atau perampas?
Kedudukan pulau di permulaan
Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah
pelabuhan untuk kapal-
kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan
tentera laut untuk menentang cita-cita orang
Perancis di wilayah.
Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada
1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar
Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (
Province Wellesley) pada
1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat
Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.
Pada
1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan
Melaka dan
Singapura, menjadi sebahagian
Kawasan Penempatan Selat (
Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di
India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun
1867. Pada
1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian
Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun
1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan
Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun
1963.
Pada tahun
2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.
[sunting]Kerajaan negeri
Pada Mei
2005, terdapat permintaan daripada ahli-ahli
UMNO, parti politik yang terbesar dalam
kerajaan campuran, untuk menggilirkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di antara parti-parti komponen Barisan Nasional, akan tetapi cadangan itu ditolak oleh
Perdana Menteri.
Negeri Pulau Pinang dibahagikan kepada lima pembahagian pentadbiran:
- Seberang Perai
- Seberang Perai Tengah;
- Seberang Perai Utara;
- Seberang Perai Selatan.
- Pulau Pinang
- Daerah Timur Laut;
- Daerah Barat Daya.
[sunting]Kebudayaan dan ekonomi
-
Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (
Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan
Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan
Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan
mi dan
makanan laut.
Gambar ini menunjukkan seorang pembawa beca bersama pelancong menaiki beca
Batu Ferringhi, yang terletaknya di
pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak
hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai
pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada
abad kesembilan belas. Bangunan-
bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-
kuil Cina dan
India, dan
masjid orang Melayu Islam. Kuil
Kek Lok Si di
Air Itam,
Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan
Kuil Ular di
Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada
mercu tanda yang utama ialah bangunan
KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.
Kegiatan
perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di
Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara
Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih terdapatnya sebuah
terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya disebelah utara.
Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor
pelancongan,
kewangan dan lain-lain perkhidmatan.
Pulau Pinang dikaitkan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui
Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun
1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah
Asia. Perkhidmatan
feri masih disediakan di antara:
- Georgetown dan Butterworth (yang mana stesen keretapi yang terdekat ditempatkan) di tanah besar; dan
- Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.
Gambar Jambatan Pulau Pinang
Beca masih lagi boleh didapati dibeberapa tempat di
Georgetown. Walau bagaimanapun, dengan ketibaan pengangkutan moden, beca semakin menjadi daya tarikan utama kepada pelancong. Malangnya, pengangkutan moden telah membawa masalah kesesakan trafik kepada lebuhraya Pulau Pinang, disebabkan kebanyakan jalan di pusat bandaraya terlalu sempit kerana ketiadaan perancangan yang baik.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.