Ciri-ciri
Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini[1], mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit,dewan konsert dan banyak lagi. Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.
Terdapat juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira secara automatik bilangan slot letak kereta kosong yang tinggal dalam keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel dan Resorts Hotel.
Acara
[sunting]Majlis anugerah
Pada 2007, Genting Highlands menjadi tempat berlangsungnya "Bollywood Oscars" yang berprestij, iaitu Zee Cine Awards 2007 dan Lux Style Awards bagi artis Pakistan di Arena of Stars, teater muzikal menjadi kebiasaan kepada pertunjukan muzikal yang dilangsungkan di sini.
Pertandingan akhir
[sunting]
Sukan
Tour de Langkawi
Genting Highlands menjadi garisan penamat bagi sesuatu pusingan perlumbaan pertandingan lumba basikal iaitu Tour de Langkawi. Ia menjadi salah satu daripada acara mendaki paling panjang (30 km) dalam sejarah acara lumba basikal.
[sunting]Anugerah
Genting Highlands menerima banyak anugerah. Anugerah-anugerah tersebut termasuk:
- World's Leading Casino Resort, World Travel Awards 2007
- Best Resort, TTG Travel Awards 2007
- The BrandLaureate Awards, The Best Brands In Leisure And Hospitality 2006 - 2007
- Top 5 Most Valuable Brands, Malaysia's Most Valuable Brands 2007
- The World's Largest Hotel, Guinness World Records 2006
[sunting]Suhu
Genting Highlands menikmati suhu yang sederhana sejuk, dengan suhunya tidak melebihi daripada 25°C dan sering menjunam ke bawah hingga 14°C secara tahunan.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
No comments:
Post a Comment